Thursday, October 3, 2013

KEPENTINGAN AIR KEPADA MANUSIA


Erm...sedapnya air ni...nyaman jer tekak 

Air penting untuk kehidupan kita?

Anda boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air anda mungkin kehausan dan mati dalam tempoh beberapa hari.
Kehilangan 2% air disekeliling sel anda boleh menyebabkan pengurangan 20% tenaga anda.
Pakar pemakanan menyarankan pengambilan kira-kira 2 hingga 3 liter air setiap hari (kira-kira 8 gelas air besar)
Air kosong adalah pilihan terbaik membantu dalam metabolisma tubuh berbanding makanan yang mengandungi air dan sup yang mana hanya membantu membekalkan sebahagian air sahaja.
Kehilangan air tambahan dalam badan boleh berlaku berlaku jika anda mengambil minuman berperisa, minuman ringan, kopi dan teh.

Fungsi air dalam tubuh manusia 

1.Menguraikan dan membantu penyerapan nutrien makanan untuk
   dibekalkan kepada sel.
2.Pemangkin dalam proses metabolisme.
3.Mengawal atur kepekatan darah.
4.Sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran antara sendi.
5.Mengangkut dan menyingkirkan toksin dan bahan buangan.
6.Mengawal atur suhu badan, tekanan darah dan PH tubuh.
7.Mengurangkan tekanan dalam tubuh badan dan menyelaras
   ketidakseimbangan pada bahagian buah pinggang dan limpa yang
   disebabkan tekanan.
8.Melindungi kelembapan dan kekenyalan kulit serta melambatkan
   proses penuaan.


Kesan kekurangan air terhadap kesihatan

1.Kehilangan ringan akan menyebabkan dahaga, nafas berbau, bibir
   merekah, sakit kepala, panas dan sembelit.
2.Kehilangan serius akan menyebabkan dehidrasi, hilang   tumpuan,
   punca pelbagai penyakit, gangguan mental, darah   memekat,
   panas terasa pada  bahagian dada.

kredit to: MyJProject


Sms/whatsApp: 019-337 0831 |emel: bayuflora@gmail.com  |
ID Shaklee: 989807

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. **

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails