Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik

Assalamualaikum...
Pada petang ini saya ingin berkongsi cerita yang di kongsi oleh seorang teman saya...Sambil-sambil nak hilangkan mengantuk saya di sore ini..

*********************************************************************************

Pada suatu hari, ketika sepasang si suami dan si isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik , saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu ..
Kesimpulan :
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''. Jelas Hidup kita seperti putaran roda dan kita tidak selalunya di atas . Ada masa dan ketikanya anda dan saya  akan turun dan ke bawah dan naik semula atau sebaliknya .

Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad berkata, “Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar, Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang yang diberikan kepadanya, ternyata bumi terdiam . Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung itu. Mereka bertanya kepada Allah, ‘Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada gunung?’. Allah menjawab, Ada, iaitu besi.’ Para malaikat bertanya lagi,’wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada besi?’ Allah menjawab, ‘Ada, iaitu air’.   Para malaikat terus bertanya, Wahai Allah , adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada air?’ Allah pun menjawab, ;’Ada, iaitu angin.’ Akhirnya, para malaikat bertanya,’Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada semua itu?’ Allah Yang Maha Perkasa menjawab, “Ada, iaitu amalan anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”


Untuk renungan kita bersama,

Sunday, January 12, 2014

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak
    ada makanan.
 
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
 
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang,
    membersihkan perut
 
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat.
    Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut,
    membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak
     yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
 
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan.
    Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
 
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
 
11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
      Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Thursday, October 24, 2013

Doa Penghulu Segala Istighfar, Amalan Ke Syurga



Menurut al-San'ani dalam Subul al-Salam, doa ini dinamakan "sayyid" yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya.
(Subul al-Salam Syarh Bulughul Maram: Bab Zikir dan Doa)
Maksudnya: "Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau." (Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323)
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga.
Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ). Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

~Pokok Hiasan Yang Sangat Beracun~

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera.
Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau ditempat letak kereta.
Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ketempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian
ekiranya anak anda mengigit daunnya.
Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit.
Bagi orang dewasapula boleh membawa maut kurang dari 15 minit.
Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini.
Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun.
Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan.
Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.

Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga.
Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda .
Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini.
Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.
Wasallam

Kelebihan DOA di Sujud Akhir......


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan
zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita
ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan
ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi
halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,
kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang
bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat
manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita
dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan
memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w
biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat
hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh
baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan
mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah
engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai
wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya
sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat
hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda
putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !"
Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari
itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri)
disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota
mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri
oleh cahaya wudhu' !!!"


KEISTIMEWAANNYA
-------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas
sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan)
kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun
memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang
yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan
mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi
mereka), di mana Allah menegah neraka memakan

(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun
keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan
dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.
Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi
di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat
perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi
hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam

Ziarah Makam Di Akhir Ramadhan.

~Walaupun sekarang dah masuk pertengahan Dzulhijjah 1434H. Artikel ini sebenarnya telah berada di blog saya lebih 3 tahun yang lalu ...namun disebabkan saya membuat blogkeeping........jd saya paste di sini untuk dikongsikan bersama2 anda semua~
*******************************************************************************


Salam Alaik , Selamat menyambut Hari Raya E'dulFitri yang tak berapa hari lagi kan datang. Taqabbalullah minna waminka : Semoga Allah swt. menerima amalan kami dan amalanmu, merupakan kata-kata doa dari sahabat bila saja berjumpa dibulan shawal. Biasanya menjadi amalan di kebanyakan tempat di negara ini, menziarah kuburan pada pagi hari raya pertama,,, tak taulah dari mana datangnya amalan ini, Yang pasti ianya bukan amalan sunnah Nabi Muhammad saw. Rasullah dan sahabat ra. tak pernah mengajar supaya menziarah kuburan pada pagi hari raya. Sepatutnya pada hari raya, kita sesama manusia ziarah menziarahi, ziarah kepada orang yang masih hidup, berma'f-ma'afan, bukan pergi ke kuburan, menziarah orang yang telah kembali ke rahmatullah. Bkannya tak boleh pergi menziarah kubur, tetapi carilah hari yang lain. Teruskan membaca, ;~)

Kita boleh belajar dari sesiapa sahaja asalkan kita bersedia untuk menjadi murid. Seseorang yang tidak bersedia untuk menjadi murid, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi guru.

Di satu petang akhir Bulan suci Ramadhan ada seorang ayah yang mengajak anaknya berziarah ke makam datuk dan neneknya. Setelah berziarah ke makam datuk dan neneknya, siayah mencari-cari lantas menghampiri makam yang lainnya. Lalu si ayah duduk di sisi makam tersebut. Si anak mengikutnya dari belakang. Menghampiri si ayah anak ini ingin bertanyakan sesuatu. Lalu si anak bertanya, 'Makam siapa ini ayah?'. 'Ini makam gurunya ayah,' jawab sang ayah. 'Apakah guru ayah waktu sekolah dulu? tanya anaknya. 'Bukan,' jawab sang ayah. 'Habis guru waktu ayah belajar dimana?' tanya anaknya kembali. 'Guru kehidupannya ayah. Dulu sewaktu ayah masih muda, orang ini mengancam akan membunuh ayah, karena ayah ketakutan, ayah berlindung kepada Allah SWT. Ayah menjadi rajin beribadah memohon perlindunganNya. Bukankah pengancam ini telah menjadi gurunya ayah?' jawab sang ayah.

Kebaikan adalah guru, keburukan juga guru. Pujian adalah guru, makian juga guru. Penghargaan adalah guru, ancaman juga guru. Apapun yang hadir di dalam hidup kita adalah guru kehidupan bila kita mampu memetik pelajaran dari setiap peristiwa yang kita alami dalam kehidupan sehari-hari.

Namun seringkali pujian, perhargaan, kebaikan membuat kita menjadi lupa daratan, sementara sakit, makian, ancaman, keburukan menjadikan kita lebih mendekatkan diri kepadaNya. Begitulah cara Allah SWT agar kita selalu ingat kepadaNya. Tujuannya cuman satu, agar kita bertaqwa kepada Allah SWT. Itulah makna Ziarah.

Sekadar ingatan, Jangan menziarah makam di pagi hari Raya E'dul Fitri. Ziarah dan bermaaf-maafanlah kepada ibu bapa, sanak saudara, handai taulan, jiran tetangga yang masih hidup dahulu. Kalau nak ziarah makam, pergilah sebelum pagi hari raya.

Wassalam,
dipetik daripada Blogger SIM (agussyafii).
Related Posts with Thumbnails