Showing posts with label Motivasi & Teladan. Show all posts
Showing posts with label Motivasi & Teladan. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik

Assalamualaikum...
Pada petang ini saya ingin berkongsi cerita yang di kongsi oleh seorang teman saya...Sambil-sambil nak hilangkan mengantuk saya di sore ini..

*********************************************************************************

Pada suatu hari, ketika sepasang si suami dan si isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik , saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu ..
Kesimpulan :
RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''. Jelas Hidup kita seperti putaran roda dan kita tidak selalunya di atas . Ada masa dan ketikanya anda dan saya  akan turun dan ke bawah dan naik semula atau sebaliknya .

Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad berkata, “Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar, Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang yang diberikan kepadanya, ternyata bumi terdiam . Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung itu. Mereka bertanya kepada Allah, ‘Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada gunung?’. Allah menjawab, Ada, iaitu besi.’ Para malaikat bertanya lagi,’wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada besi?’ Allah menjawab, ‘Ada, iaitu air’.   Para malaikat terus bertanya, Wahai Allah , adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada air?’ Allah pun menjawab, ;’Ada, iaitu angin.’ Akhirnya, para malaikat bertanya,’Wahai Allah, adakah sesuatu yang kamu cipta yang lebih kuat daripada semua itu?’ Allah Yang Maha Perkasa menjawab, “Ada, iaitu amalan anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahui.”


Untuk renungan kita bersama,

Tuesday, October 22, 2013

MUHASABAH DIRI


Salam Semua...
Mari kita bertengahari dengan rencana di bawah.
Semoga kita beroleh manfaat daripada masej yang ingin disampaikan.
*************************************
Selain daripada emosi negatif, penebat rezeki
yang menyekat rezeki adalah dosa. Semakin kerap
kita lakukan dosa, semakin tebal dinding aliran rezeki.

Andai kita persoal tentang non-muslim yang
peroleh rezeki yang banyak walau tidak solat,
ia adalah kerana zat Allah Yang Maha Pengasih.

Tetapi Allah hanya berikan rahmat-Nya kepada umat
Islam sahaja. Itulah keistimewaan umat Islam. Darjatnya
ditinggikan Allah. Oleh sebab itu, hanya umat Islam
yang dapat akses peroleh rahmat Allah.

Subhanallah. Betapa baiknya Allah kepada kita.
Oleh sebab itu, untuk mengalirkan rezeki kita, ada
amalan dalaman yang perlu dipatuhi. Antaranya, dengan
istighfar minima 300 kali pada tiap hari.

"Kebersihan adalah lebih utama daripada kewangian."

Oleh sebab itu, adalah lebih baik fokus kepada istighfar
pada tiap hari.

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T.
akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan
segala masalahnya dan memberinya rezeki dari
arah yang tidak disangka."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

Hadis tentang penebat rezeki iaitu dosa

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya
rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

Plan tindakan dan Amalan yang boleh dipraktikkan;

Istighfar 300x pada tiap hari
Atau konsistenkan dengan amalan yang sedikit.

Sesungguhnya Allah lebih suka amalan yang sedikit
tetapi konsisten.

Wednesday, October 2, 2013

MENGAPA HARUS KECEWA


Assalamualaikum Dan Selamat Pagi

Di pagi ini saya nak berkongsi...sambil-sambil menjalani rutin harian, sambil telinga ditutupi dengan gaban..

Inilah yang dimaksudkan dengan gaban..hahaha

Perempuan kan terkenal dengan multi tasking nya kan...fuh...begitu tersentuh dengan bait-baik kata ustaz ni...Mengapa harus kecewa..huhuhu..bagi mereka yang mahu berfikir dan kena berfikir
( nasihat untuk diri saya sendiri) Jom kita hayati link dibawah....

Klik Dan Dengar...lapangkan dada dan minda seketika

Klik Dan Dengar_1

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka yang mahu mengambil manfaat. Sepertimana kata-kata ini

""Bila Allah cepat makbulkan doamu,maka Dia menyayangimu, Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu, Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu""

Saturday, September 21, 2013

Aku, Lim Dan Islam ~~~~Di manakah Kita ?

Dipetik dari emel rakan sefakulti...~

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak.
Lim Wei Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.
Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama.

Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..
Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan. Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa?
What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil.
Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam?
Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam?
Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?
Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab.
Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.
Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar.
Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir. Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini.

Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya.

Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam. P/s : sebagai Tauladan..
TOLONG SEBARKAN SETELAH MEMBACA KISAH DIBAWAH NI UNTUK DAKWAH KITA.
Related Posts with Thumbnails